Wednesday, October 23, 2013

UPAH BURUH DENGAN ROTI BAKAR


Bagi penggemar roti baker,       tentu dapat menikmati keenakan roti   yang masih panas. Sebenarnya sejak 10 ribu tahun sebelum Masihi, roti sudah menjadi makanan manusia. Orang purba Mesir dipercayai orang yang mula membuat roti.
Sejak kira- kira 3000 tahun sebelum Masihi lagi, mereka mencampurkan ragi ke dalam tepung dan air. Ketika itu gandum menjadi makanan kegemaran berbading oat, barli dan beras. Buruh yang membina pyramid juga dipercayai diberi upah dengan roti.
Orang-orang Rom juga   dikatakan sudah membuat roti sejak 150 tahun Sebelum Masihi. Mereka juga memakan roti bakar dengan cara membakarnya secara terus kedalam api. Selepas itu, alat pembakar roti dicipta. Syarikat Carpenter Electric Company of the United States memperkenalkan pembakar roti elektrik pada tahun 1909. Cuma ketikaitu roti dibakar secara terbuka. Pembakar roti kemudian di ubah suai dengan lebih baik pada tahun 1919. Ia dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1926. Sehingga kini, perbagai model pembakar roti terdapat dipasaran.

No comments:

Post a Comment