Rihanna bikin panas di Abu Dhabi.
Berbeza dengan imejnya sebelum ini, penyanyi popular itu hadir ke Masjid Jamek Sheikh Zayed pada Sabtu untuk sesi penggambaran berbusana Muslim, bahkan bertudung.
Tampil dengan tema hitam dari hujung kaki hingga hujung rambut, Rihanna berbuat demikian sebagai menghormati kod etika pakaian Abu Dhabi, yang kebanyakan wanitanya menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
"#AbuDhabi," Rihanna menulis demikian di Instagram, sambil memuat naik beberapa keping gambarnya yang dirakam oleh jurugambar terkenal Gomillion dan Leupold, lapor E!.
Bintang pop itu mengulangi trend yang sama keesokan harinya apabila membuat persembahan di Abu Dhabi's du Arena.
Beliau tampil dengan topi besbol, dengan pakaian konservatif putih.
Sesi fotografi terbaru Rihanna itu dibuat beberapa hari sahaja selepas beliau mendarat di Johannesburg untuk jelajah di seluruh dunia.
Beliau selepas ini akan menuju ke Tel Aviv, Israel untuk persembahan konsert pada Selasa dan Republik Dominican pada Sabtu.

No comments:
Post a Comment