Friday, February 14, 2014

VALENTINE

Fakta bersejarah[sunting | sunting sumber]

Terdapat ramai martir Kristian purba yang bernama Valentine,[5] tetapi mereka bernama Valentine yang diperingati pada 14 Februari adalah Valentine dari Rom (Valentinus presb. m. Romae) dan Valentine dari Terni (Valentinus ep. Interamnensis m. Romae).[6] Valentine dari Rom[7] ialah seorang paderi di Rom yang mati demi agama pada tahun 269 M dan dikebumikan di Via Flaminia. Bahan-bahan peninggalannya terdapat di Gereja St. Prassede di Rom,[8] dan Gereja Karmelit Whitefriar Street di Dublin, Ireland.
Valentine dari Terni[9] pula menjadi biskop Interamna (kini Terni) sekitar tahun 197 M dan dikatakan berkorban demi agama sewaktu zaman penindasan ke atas penganut Kristian di bawah pemerintahan Maharaja Aurelian. Beliau juga dikebumikan di Via Flaminia, tetapi di tempat yang berbeza daripada Valentine dari Rom. Bahan-bahan peninggalannya berada di Basilika St. Valentine di Terni (Basilica di San Valentino).[10]
Catholic Encyclopedia juga menyebutkan seorang lagi santo bernama Valentine yang disebut di bawah tarikh 14 Februari dalam takwim-takwim martir yang purba. Beliau berkorban demi agama di Afrika bersama sebilangan sahabat handai, tetapi tidak banyak yang diketahui mengenainya.[11]
Tiada unsur-unsur asmara terdapat dalam riwayat hidup terawal bagi mana-mana martir ini. Ketika seseorang Santo Valentine dikaitkan dengan asmara pada abad ke-14, maka perbezaan antara Valentine dari Rom dan Valentine dari Terni pudar begitu sahaja.[12]
Dalam pindaan Takwim Para Yang Kudus Katolik Rom pada tahun 1969, hari perayaan Santo Valentine pada 14 Februari dipadamkan daripada Takwim Rom Am dan diturun taraf kepada takwim-takwim tertentu (peringkat tempatan atau kebangsaan) atas sebab yang berikut: "Sungguhpun peringatan Santo Valentine diamalkan sejak purbakala, namun ia diserahkan kepada takwim-takwim yang tertentu, memandangkan tiada apa yang diketahui tentang Santo Valentine selain namanya dan bahawa beliau disemadikan di Via Flaminia pada 14 Februari."[13] Hari perayaan Santo Valentine masih disambut di Balzan (Malta) di mana dikatakan terjumpa bahan-bahan tinggalan santo berkenaan, dan juga di seluruh dunia oleh penganut Katolik Tradisionalis yang mengikuti takwim pra-Majlis Vatikan Kedua yang lebih purba. 14 Februari juga disambut sebagai Hari St. Valentine dalam beberapa mazhab Kristian yang lain, misalnya: ia berpangkat 'peringatan' dalam takwim Gereja England dan beberapa lagi anggota Golongan Anglikan.[14]

Legenda[sunting | sunting sumber]

Santo Valentine dari Ternibersama para pengikutnya.
Satu Acta yang dikarang pada Awal Zaman Pertengahan tentang salah seorang Santo Valentine diterangkan secara terperinci tetapi ringkas dalam Legenda Aurea.[15] Menurut versi ini, St. Valentine ditindas kerana menganut agama Kristian lalu disoal siasat oleh Maharaja RomClaudius II sendiri. Claudius kagum dengan Valentine lalu berbincang dengannya sebagai cubaan untuk menggesanya supaya memeluk agama pagan Rom untuk menyelamatkan nyawa dirinya. Valentine menolak dan cuba menjadikan Claudius beragama Kristian pula. Oleh sebab itu, Valentine dihukum mati. Sebelum itu, beliau dikhabarkan melakukan satu mukjizat dengan menyembuhkan anak perempuan kepada pegawai yang memenjarakannya.
Memandangkan Legenda Aurea langsung tidak mengungkit sebarang hubungan dengan cinta asmara, maka ditokok tambah peribudaya yang bersesuaian pada zaman moden untuk menggambarkan Valentine sebagai paderi yang enggan mematuhi apa yang kononnya undang-undang larangan berkahwin ke atas warga lelaki muda yang dititahkan oleh Maharaja Claudius II, kononnya untuk menambah bilangan bala tenteranya atas kepercayaan bahawa lelaki yang berkahwin tidak sesuai menjadi askar. Bagaimanapun, Valentine si paderi itu senyap-senyap menganjurkan upacara perkahwinan bagi lelaki muda. Setelah diketahui oleh Claudius, Valentine diberkas lalu dipenjarakan.
Mengikut satu lagi kisah yang tersebar luas sungguhpun langsung tiada asas dalam sejarah, pada malam sebelum Valentine menjalani hukuman mati, beliau menulis kad Valentine pertama yang bertulis "Dari Valentinemu" untuk diutuskan kepada seorang gadis yang dikatakan sebagai kekasihnya,[16] atau anak pegawai penjara yang bersahabat dengannya dan disembuh olehnya,[17] atau kedua-duanya.

copy dari wikipedia