K
|
ira-kira 30 juta penduduk dunia menjadi hamba, diseludup ke
dalam rumah pelacuran, di paksa jadi buruh kasar, mangsa beban hutang, atau
memang dilahirkan sebagai hamba, lapor Indeks Perhambaan Global 2013.
Hampir separuh daripadanya berada
di India, dengan perhambaan merangkumi buruh yang terpaksa bekerja terus
menerus di dalam kuari dan tenur, sehingga eploitasi seks komersial, walaupun
masalah itu wujud di semua 162 negara yang di tinjau Walk Free, sebuah kumpulan
hak asasi berpusat di Australia.
Buruh Paksa
Pertubuhan Buruh Antarabangsa
(ILO) menganggarkan hampir 21 juta orang menjadi buruh paksa.
“Pada hari ini sesetengah orang
masih dilahirkan di dalam keturunan hamba, sesuatu yang mengejutkan ia suatu
namun realiti terutama di beberapa bahagian Afrika Barat dan Asia Selatan,”
kata laporan.
“Mangsa lain ditangkap atau
diculik sebelum dijual atau disimpan untuk ekploitasi, sama ada menerusi
‘perkahwinan’, buruh tidak dibayar di atas bot nelayan atau sebagai pekerja
domestik.
Sebilangan diperdaya
“Sebilangan lagi diperdaya dan
dipujuk kedalam situasi yang mereka tidak boleh lepaskan diri dengan janji
palsu kerja yang baik atau pendidikan.”
Indeks Perhambaan Global 2013
mendifinisikan perhambaan sebagai pemilikan atau kawalan ke atas individu untuk
menafikan kebebasan dan mengekploitasi mereka untuk manfaat atau seks, biasanya
menerusi keganasan, paksaan atau penipuan.
Definisi itu merangkumi
perjanjian ikatan perkhidmatan, perkahwinwn paksa dan penculikan kanak-kanak
untuk perkhidmatan dan perang.
Menurut indeks itu, 10 negara
saja mencatat tiga perempat daripada perhambaan dunia.
Selepas India, China berada pada
kedudukan kedua paling ramai dengan 2.9
juta diikuti Pakistan 2.1 juta, Nigeria 701,000, Habsyah 651,000, Rusia
516,000, Thailand 473,000, Republik Demokratik Congo 462,000, Myanmar 384,000
dan Bangladesh 343,000.
AGENSI

No comments:
Post a Comment