Tuesday, October 1, 2013

Alasan Aneh Tegah Memandu

:Petikan Global Dari Harian Metro:


Ulama Saudi dakwa wanita pandu kenderaan berdepan kerosakan rahim

    Seorang agamawan konservertif terkemuka Arab Saudi semalam berkata, wanita berdepan risiko kerokan rahim dan kandungan bermasalah jika dibenarkanmemandu kenderaan.
    Sheikh Saleh al-Lohaidan berkata, wanita yang cuba membatalkan larangan amalan itu perlu mengutamakan kepentingan "kesihatan berbandingkan keinginan hati, emosi dan nafsu."
    "Jika seseorang wanita memandu kenderaan tanpa keperluan yang mendesak, ia mungkin menyebabkan kesan psikologi negatif dn kajian perubatan menunjukkan ia secara automatik menjejaskan rahim serta menolak bahagian pelvis mereka kedepan.
    "Sebab itu kita dapati wanita yang sering memandu melahirkan anak yang bermasalah klinikal pelbagai tahap."Katanya dalam temubual disiarkan laman sesawang sabq.org kelmarin. Sheikh Saleh adalah seorang daripada 21 anggota Majlis Ulama Kanan Arab Saudi yang dibenarkan membuat fatwa di negara itu.
    Pada 2009 dia dipecat oleh Raja Abdullah daripada jawatannya sebagai Majlis Ketua Hakim kerana tidak bersetuju dengan langkah refomasi diperkenalkan pemerintah Arab Saudi itu.
    Isu larangan wanita memandu masih dibincangkan di Arab Saudi dengan golongan prograsif cuba berkempen membatalkan ketetapan itu.
    Satu kempen mendesak wanita melanggar larangan itu dijadual diadakan pada 26 oktober ini dan ia mendapat sambutan hangat di internet.
   Sejumlah aktivis wanita juga menyokong gerakkan itu.
   Bagaimanapan semalam akses dilaman sesawang kempen itu disekat jika cuba dilayari dari Arab Saudi.

No comments:

Post a Comment