Wednesday, October 23, 2013

SIAPAKAH YANG MENCIPTA MANCIS



MANCIS dicipta oleh tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan dalam sebuah sel gelap dalam tanah di Istana Hohenasperg dekat Karlsruhe, Jerman. Dikatakan Kamerer memperuntukkan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulphur boleh menghasilkan api. Bagaimanapun tidak diketahui tarikh tepat mancis ini dicipta.
            Ada juga beranggapan mancis mula dicipta oleh ahli kimia Hungary bernama Janos Irinyi. Bagaimanapun, dia kemudian menjual hasil ciptaannya itu dengan harga murah. Janos seterusnya membuat kilang mancis tetapi mati pada 1895 dalam keadan papa kedana.
John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England dipercayai orang yang pertama yang mencipta mancisbatang seperti yang ada sekarang. Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimai yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827. harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya. Untuk memrcitkan api, seseoarang itu perlu mencarik batang mancis pada kertas pasir yang dilipat.

No comments:

Post a Comment