Pada 4 jun 1896,
didalam bengkel kecil dibelakang rumah Henry Ford di 58 Bagley Avenue, berjaya
menghasilkan kereta pertama menggunakan kuasa gasoline.
Ford dilahirkan
pada 30 julai 1863 di Greenfield Township, Michigan, Amerika Syarikat. Ford
adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penciptaan kereta.
Beliau adalah
pencipta kereta mampu milik model T yang dihasilkan secara besa-besaran.
Tidak
keterlaluan jika dikatakan beliau adalah pencetus revolusi industri penghasilan
kereta secara pemerosesan industri.
Anak sulung
daripada enem beradik ini sebenarnya berasal daripada keluarga tani yang kaya.
Minatnya dalam bidang mmekanikal bermula sejak dia masih kicil lagi. Walaupun
berasal daripada keluarga tani, beliau tidak menyukai kerja-kerja pertanian.
Pada tahun 1879,
ketika berusia 16 tahun. Henry Ford meninggalkan kampung halamannya untuk
bekerja di Bandar berhampiran kampungnya iaitu Detroit.
Beliau bekerja
sebagai mekanik perantis selama tiga tahun.
Selepas itu
Henry Ford menghabiskan masanya dengan membaiki enjin stim, bekerja sementara
di kilang- kilang di Detroit dan juga membaiki mesin-mesin pertanian bapanya
dan juga sekali-sekala menolong kerja-kerja pertanian di lading bapanya yang
tidak pernah digemarinya.
Setelah
berkahwin dengan isterinya, Clara Bryant pada 1888, Henry membuka kilang kayu.
Masa lapang Ford dihabiskan dengan mencipta kenderaan bermotor.

No comments:
Post a Comment