Wednesday, October 23, 2013

KATA-KATA


·      Brsiap siagalah dengan perkara buruk, harapkan yang terbaik tetapi terimalah apa saja yang mendatang. ~ Dr. Robert E. Speer
·      Orang yang tewas tetapi menerima kekalahanya itu dengan ceria dan dada lapang sebenarnya adalah seorang pemenang. ~ Elbert Hubbard.
·      Orang yang lemah tidak akan memaafkan kerana kemaafkan itu lahir dari jiwa yang kuat. ~ Rabindranath Tagore.
·      Si pengecut mati beberapa kali sebelum kematiannya. Orang yang gagah tidak pernah merasa kematiannya, kecuali sekali. ~ Shakespeare.
·      Cara terbaik untuk menghiburkan diri anda ialah dengan menghiburkan orang lain. ~ Mark Twain.
·      Lebah yang membawa madu dimulut juga membawa sengat di ekornya. ~ Lyly.
·      Perkara yang paling sukar dalam hidup ialah mengenal diri sendiri. ~ Tholes.
·      Kesepian dan rasa tidak diperlukan adalah kemiskinan yang paling teruk. ~ Mother Teressa.
·      Lebih ramai orang mati kerana terlebih makan berbanding yang kurang makan. ~ Napolean.
·      Tidak kira nasihat apa yang hendak engkau berikan, pastikan ia pendek.

… DAN BULAN PUN LENYAP BEGITU SAJA !




JANGAN sesekali bangga dengan harta yang anda miliki. Kalau anda kaya, sebenarnya ramai lagi yang lebih kaya dan berharta. Anda sebernarnya terlalu kecil kalau hendak dibandingkan dengan sekalian hartawan dan jutawan terbilang yang berselerak di seluruh dunia.
Begitulah ibaratnya apabila senja menjelang, kunang-kunang merasakan merekalah yang menerangi bumi ini. Tetapi apabila bintang mula berkilau-kilauan di angkasa raya, si kunang-kunang dibaluti rasa malu. Bintang pula mendabik dada, kononnya dialah yang menyinari bumi ini dengan kilauanya yang bekilip-kelipan.
Tapi apabila bulan pula menjengahkan wajahnya yang indah berseri, dengan cahaya terang dan damai, bintang-bintang merasa malu. Rasa diri mereka terlalu kerdil. Sang bulan dengan bongkak mengatakan, akulah penyeri alam yang sebenarnya, hingga tiba-tiba muncul sejalur cahaya dikaki langit. Cahaya merah keemasan itu makin lama membesar hingga akhirnya bumi ini cerah dengan simbahan cahaya sang mentari. Bulan lenyap begitu saja!
Jika anda merasakan anda kaya, ingatlah bahawa Penguasa ala mini lebih kaya. Dia yang mencipta dan memiliki segala- galanya.

SIAPAKAH YANG MENCIPTA MANCIS



MANCIS dicipta oleh tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan dalam sebuah sel gelap dalam tanah di Istana Hohenasperg dekat Karlsruhe, Jerman. Dikatakan Kamerer memperuntukkan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulphur boleh menghasilkan api. Bagaimanapun tidak diketahui tarikh tepat mancis ini dicipta.
            Ada juga beranggapan mancis mula dicipta oleh ahli kimia Hungary bernama Janos Irinyi. Bagaimanapun, dia kemudian menjual hasil ciptaannya itu dengan harga murah. Janos seterusnya membuat kilang mancis tetapi mati pada 1895 dalam keadan papa kedana.
John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England dipercayai orang yang pertama yang mencipta mancisbatang seperti yang ada sekarang. Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimai yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827. harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya. Untuk memrcitkan api, seseoarang itu perlu mencarik batang mancis pada kertas pasir yang dilipat.

Marah Menurut Al-Quran



    MARAH MENURUT AL-QURAN
     PERTAMA sekali aku ingin  memberi tahu yang ulasan  di bawah ini adalah 100% petikan daripada Al-Islam  februari 2011,

      MENURUT al-Quran, marah digambarkan sebagai satu kekuatan jahat yang memaksa individu untuk melakukan hal-hal yang tidak masak akal. Hal ini dapat dilihat ketika Nabi Musa a.s. sedang marah, baginda mencampakkan kitab-kitab dan menarik kepala saudaranya. Namun selepas kemarahannya reda Nabi Musa mengutip semula kitab tersebut. Disini dapat dilihat dengan jelas akan perbezaan antara kedua-dua perbezaan situasi tersebut.
      Seorang saintis kanan di Kuwait Institute for Scientific Research, Dr. Mirza Umair Beg, menceritakan bahawa anak lelakinya yang berusia enam tahun kerap marah walaupun dalam hal-hal yang kecil. Apabila anak lelakinya marah, isteri beliau akan menenangkan sambil memberitahu "Sekarang kamu dikawal oleh Syaitan, mari ibu halau Syaitan tersebut." Kemudin ibunya membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran dan menghembuskan ke muka anak lelakinya. Selepas itu, barulah anak lelakinya sedar dan kemarahannya mereda setelah ibunya membaca ayat-ayat tersebut dan menghembuskan ke mukanya.
     Dalam satu lagi kejadian di zaman Rasulullah s.a.w., Mu'adh ibnu Jabal r.a. berkata: "Dua orang berselisihan pendapat dan salah seorang daripada mereka menjadi sangat agrasif sehingga aku menyangka hidungnya akan patah akibat akibat dari perkelahian itu. Nabi Berkata, "Aku mengetahui satu ayat yang apabila dibaca akan mengusir kemarahan pergi."Sahabat bertanya, apakah ia wahai Rasulullah? Lalu Baginda menyebut: "Audhzu billahi mina syaitan nirrajim" yang membawa maksud - "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang di rejam"".
     Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempuyai pendapat menarik mengenai perasaan marah ini. beliau pernah berkata "buat apa kita nak marah-marah, nanti tekanan darah naik, kan tak bagus tu," ujar beliau.
      Firman Allah s.w.t. "Orang-orang yang bertakwa ialah orang  yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun  sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)
     Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada kita bahawa kekuatan itu dapat dilihat pada ketenangan diri, dan bukanya kemarahan yang tidak terkawal.
      Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawasanya ada seseorang  telah berkata kepada Nabi s.a.w.: berwaspadalah kepadaku! Jawab Baginda: Jangan Marah! Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka Baginda masih tetap berkata: Jangan Marah!
      Hadis ini  menganjurkan kita supaya jangan selalu marah kerana marah itu tergolong dalam sifat yang tercela yang di benci oleh Allah dan Rasul-nya. Dalam mentakrifkan sifat marah, Iman Ghazali berkata: Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang menyala-nyala, yang panas naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya pula terpancar sifat bongkak yang terpendam didalam hati setiap orang yang sombong, seperti terpancarnya api dari batu yang bergeser dengan besi."
      Hakikat marah menurut islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya, marah yang selain daripada itu adalah marah yang datang dari sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh Itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
      Kedua-dua ayat Al-Quran ini menyuruh kita semua untuk menahan marah serta menjauhinya. Namun begitu, sekiranya kita telah terlanjur melepaskan kemarahan kita pada orang lain, kita hendaklah bersedia untuk memohon maaf. Selain itu, kita juga dituntut untuk memaafkan kesalahan orang lian. Hal ini adalah supaya perasaan marah, benci dan dendam itu tidak bersarang didalam hati kedua-dua belah pihak. Bukankah ini boleh membawa kepada pengukuhan ikatan silaturahim yang terjalin?

Sumber A-Islam

SEJARAH FORD



Pada 4 jun 1896, didalam bengkel kecil dibelakang rumah Henry Ford di 58 Bagley Avenue, berjaya menghasilkan kereta pertama menggunakan kuasa gasoline.
Ford dilahirkan pada 30 julai 1863 di Greenfield Township, Michigan, Amerika Syarikat. Ford adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah penciptaan kereta.
Beliau adalah pencipta kereta mampu milik model T yang dihasilkan secara besa-besaran.
Tidak keterlaluan jika dikatakan beliau adalah pencetus revolusi industri penghasilan kereta secara pemerosesan industri.
Anak sulung daripada enem beradik ini sebenarnya berasal daripada keluarga tani yang kaya. Minatnya dalam bidang mmekanikal bermula sejak dia masih kicil lagi. Walaupun berasal daripada keluarga tani, beliau tidak menyukai kerja-kerja pertanian.
Pada tahun 1879, ketika berusia 16 tahun. Henry Ford meninggalkan kampung halamannya untuk bekerja di Bandar berhampiran kampungnya iaitu Detroit.
Beliau bekerja sebagai mekanik perantis selama tiga tahun.
Selepas itu Henry Ford menghabiskan masanya dengan membaiki enjin stim, bekerja sementara di kilang- kilang di Detroit dan juga membaiki mesin-mesin pertanian bapanya dan juga sekali-sekala menolong kerja-kerja pertanian di lading bapanya yang tidak pernah digemarinya.
Setelah berkahwin dengan isterinya, Clara Bryant pada 1888, Henry membuka kilang kayu. Masa lapang Ford dihabiskan dengan mencipta kenderaan bermotor.



UPAH BURUH DENGAN ROTI BAKAR


Bagi penggemar roti baker,       tentu dapat menikmati keenakan roti   yang masih panas. Sebenarnya sejak 10 ribu tahun sebelum Masihi, roti sudah menjadi makanan manusia. Orang purba Mesir dipercayai orang yang mula membuat roti.
Sejak kira- kira 3000 tahun sebelum Masihi lagi, mereka mencampurkan ragi ke dalam tepung dan air. Ketika itu gandum menjadi makanan kegemaran berbading oat, barli dan beras. Buruh yang membina pyramid juga dipercayai diberi upah dengan roti.
Orang-orang Rom juga   dikatakan sudah membuat roti sejak 150 tahun Sebelum Masihi. Mereka juga memakan roti bakar dengan cara membakarnya secara terus kedalam api. Selepas itu, alat pembakar roti dicipta. Syarikat Carpenter Electric Company of the United States memperkenalkan pembakar roti elektrik pada tahun 1909. Cuma ketikaitu roti dibakar secara terbuka. Pembakar roti kemudian di ubah suai dengan lebih baik pada tahun 1919. Ia dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1926. Sehingga kini, perbagai model pembakar roti terdapat dipasaran.