Saturday, November 9, 2013

Crazy Guy At Arcade

Real war


Pajeri Nenas


Salam sejahtera, haha… tengah duduk lepak-lepak takde kerja nak buat, pusing-pusing kepala pun pusing, hari yang paling bosan,.
Takpa, dari duduk takde nak buat apa, ni nak bagi satu resepi yang tak berapa nak best, tapi kalau makan best la juga, jeng je jengggg… PAJERI NENAS... huh siap ada bunyi background lagi tuh, ok lah, ni dia bahan-bahannya:

                  Bahan-Bahan:

3 hirisan     nenas - dibersihkan
2 sudu        makan kerisik
10 ulas       bwg merah            ]
50g            udang kering         } dikisar halus
2 btg             serai - dititik
2 helai         daun kari
1 sudu          rempah kari ikan
Sedikit bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis

                  Cara Membuatnya:
1.          Tumiskan bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
2.      Masukkan rempah kari ikan, udang kering yang dikisar dan secawan air, kacau sehingga naik bau.
3.      Seterusnya masukkan potongan nenas, kerisik dan gula kabung.
4.     Perlahankan api, biarkan selama 15 minit, kacau berseli hingga nenas masak.

Ni je lah sumbangan untuk ini hari, harap berpuas hati lah dengan resepi ni, selamat mencuba, sekian Wassalam…

MEE KARI






Hari ni tetiba je rasa nak makan mee kari, tekak oh tekak…. Apa lagi, aku terus pegi pasar cari bahan-bahannya. Ingat pergi pasar nak beli mee kari yang dah siap, tapi kedai tutup pulak, balik masak sendiri lagi bagus, dapat makan ramai-ramai. Huh berselera betul, terbaik… sendiri cakap sedap, kalau tak cakap, sapa yang nak cakap.
Ni dia nak kongsi resepi mee kari pulak, saje dah takde kerja sambil duduk minum petang apa lagi nak buat, ye tak.

                  Bahan-Bahan:
1 bungkus     - mee kuning - dicelur
10 ekor        - udang - direbus, dikisar dan air dijadikan stok.
½ ekor        - ayam dipotong kecil
1 btg            - kayu manis
3 biji           - bunga cengkih
2 biji           - bunga lawang
2 tangkai    - dun kari
1 kpg           - asam
400g        - santan
2 kpg         - fishcake - dihiris nipis
10 ketul       - fishball
5 ketul        - tauhu pok
6 sudu        - rempah kari daging
1 biji             - kentang direbus dan dilenyek

                  Bahan Dikisar:
7 biji           - bwg merah
4 ulas         - bwg putih
2 cm           - halia
2 cm           - lengkuas
2 cm            - kunyit

                  Cara Membuatnya:
1.               Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun kari.
2.            Apabila naik bau masukkan bahan dikisar.
3.           Selepas terbik minyak, masukkan stok udang dan secawan air.
4.           Masukkan ayam dan biarkan empuk.
5.            Bila sudah mendidih masukkan santan.
6.            Kemudian masukkan santan yang telah ditumbuk.
7.            Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8.            Seterusnya masukkan fishcake, fishball, udang dan tauhu pok hingga masak.
9.            Hidangkan bersama mee kuning bersama tauge, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan telur rebus.

Macam mana, berani cuba tak? Barangnya pun bukannya susah dapat, nak buat pun tak la susah sangat, macam masak kari biasa saja, sedap? Gerenti sedap.
Untuk pengetahuan, mee kari ni adalah makanan dari  Negeri Johor, kat tempat lain tak ada, kalau ada pun mesti orang yang bawa tu pernah tinggal di Johor, atau pun orang johor yang bawa ke sana..

Baik lah, kepada sesiapa yang ada idea dan rasa patut resepi ni di ubah supaya lebih sedap lagi, silalah komen untuk di kongsi bersama. Sekian terima kasih dan selamat mencuba… ingat lah, ilmu yang sedikit anda kongsikan, banyak manfaatnya kepada orang lain.

Wednesday, November 6, 2013

TAUHU TELUR


H
ai, ini hari nak kongsi tip pasal tauhu telur pulak. Rasanya ramai yang tahu dari mana asal tauhu telur dan ramai juga yang belum tahu malah mungkin ada yang tak pernah dengar pun nama tauhu telur ni.
Ok, pertama sekali nak bagi tahu yang tauhu telur ni asalnya dari tanah jawa, senang cerita makanan orang jawa lah. Sekarang makanan tersebut banyak dah menular kat restoran-restoran di Malaysia, namun begitu masih ramai yang tak sedar tentang kewujudannya.
Ianya adalah sejenis makanan daripda tauhu yang di potong dan di goreng dengan telur, kemudian di cicah dengan sos yang di buat daripada kicap. Sebenarnya nak membuat tauhu telur ni tidak lah rumit sangat, barangnya pun simpel dan senang dapat kat pasar ataupun sesetengah kedai runcit (yang ada jual tauhu).
Baik lah, cakap banyak pun tak guna, nanti menyampah pulak nak baca panjang-panjang, kita teruskan cerita macam mana nak buat tauhu telur dan bahan-bahan yang di perlukan:
 

                  Bahan-bahan:
3   - ketul tauhu jepun
2   - biji telur
2   - camca tepung gandum
Sedikit lada sulah

            Cara Membuatnya:
  1. Pecahkan telur dan pukul bersamatepung, garam dan lada sulah - hingga kembang.
  2. Panadkan minyak masak didalam periuk
  3. letakkan bekas berbntuk bulat (silinder) didalam periuk dan masukkan tauhu kedalamnya. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit kedalam silinder.
  4. Apabila telur sudah garing, angkat tauhu dan letak di dalam mangkuk. dengan perlahan keluarkan silinder tersebut.


                  Bahan- Bahan Untuk Sos
3   - sudu kicap manis pekat
3   - sudu kicap ABC (kicap manis saja pun dah cukup)
2   - biji bwg merah              ]
1   - biji bwg putih                ]
3   - tangkai cili kering         } dikisar
2     - batang serai                ]
1   - helai daun limau purut

                  Cara Membuat:
Semua bahan sos direbus sehingga mendidih dan masak. Kemudian dituang atas tauhu telur yang sudah masak.

Nampak tak cara mambuatnya, ringkas, senang, sedap dan yang penting sedap. Diharap kepada yang nak buatnya tu selamat mencuba, semoga berjaya.
Dan akhir sekali kepada sesiapa yang tahu pasal resepi ni dan caranya berbeza bolehlah dikongsi atau komen, bukan apa, untuk perkongsian ilmu, kata orang tau-tua sedikit ilmu yang dikongsi besar manfaatnya untuk orang ramai dan diri sendiri juga.