Monday, August 11, 2014

Merokok Dari Pandangan Islam

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Tuesday, August 5, 2014

Hari Raya

 Dari Anas r.a : Biasanya Nabi saw sebelum pergi solat aidilfitri, lebih dahulu beliau memakan buah kurma beberapa butir. [Hadis 0512]

 Dari Ibnu Abbas r.a : Saya (Ibnu Abbas) pernah solat hari raya bersama Rasulullah saw, Abu Bakar r.a, Umar r.a dan Utsman r.a. Mereka itu semuanya solat lebih dahulu sebelum berkhutbah. [Hadis 0516]

 Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersolat ‘Idul Fitri dua rakaat. Beliau tidak solat sebelum dan sesudahnya.

Kemudian beliau pergi ke tempat para wanita bersama bilal. Beliau menyuruh mereka bersedekah. Maka mereka bersedekah; ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya. [Hadis 0517]

 Dari Ummu ‘Athiyah r.ha : Kami diperintahkan pergi solat ‘Id (solat Hari raya) bahkan anak-anak gadis keluar dari pingitannya (dalam jagaan). 

Begitu juga wanita-wanita yang sedang haid, tetapi mereka ini hanya berdiri saja di belakang orang ramai, turut bertakbir dan berdoa bersama-sama. Mereka mengharapkan beroleh berkat dan kesucian pada hari itu. [Hadis 0520]

 Dari Jundab r.a : Nabi saw mula-mula melakukan solat (bersolat terlebih dahulu) ‘Idul Adha, kemudian beliau berkhutbah dan sesudah itu beliau menyembelih korban.

Nabi saw bersabda, “Siapa yang menyembelih korban sebelum solat, hendaklah menyembelih lagi yang lain (sesudah solat) sebagai gantinya. Siapa yang belum menyembelih, hendaklah menyembelih dengan nama Allah.” [0524]

 Dari Jabir r.a : Biasanya pada hari raya, Nabi saw menempuh (melalui) jalan pulang, lain daripada jalan yang telah ditempuh (dilalui) beliau untuk pergi. [0525]

Wednesday, March 12, 2014

Ronaldo: Pemain bola sepak terkaya


10 March, 2014

CRISTIANO RONALDO
Ronaldo: Pemain bola sepak terkaya

CRISTIANO Ronaldo semalam dinamakan sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia dari segi nilai eset, menurut satu kajian agensi media global goal.com yang berpangkalan di Singapura.
Penyerang Real Madrid itu mengatasi pesaingnya daripada Barcelona, Lionel Messi, dalam senarai pamain terkaya 2014 dengan kekayaan yang ditaksirkan bernilai £122 juta (RM 668.5 juta).
Ronaldo mempamerkan permainan cemerlang sepanjang 12 bulan lalu untuk meningkatkan nilainya kepada kededua Real dan Portugal. 
Beliau menjaringkan keempat-empat gol bagi membolehkan negaranya mengalahkan Sweden dalam perlawanan penentuan ke pusingan akhir Piala Dunia tahun lalu. 
Sebagai mengiktiraf persembahannya sepanjang tahun lalu, Ronaldo memenangi mahkota pemain Terbaik Dunia apabila ditabal pemenang anugerah Ballon d’Or 2013 dan menandatangani satu kontrak baru dengan Real.
Messi, yang kehilangan mahkota pemain terbaik itu kepada Ronaldo Januari Lalu, berada ditempat kedua dengan nilai eset sebanyak £120.5 juta selepas membantu Barcelona menjuarai La Liga dan menandatangani kontrak pengiklanan.
Senarai pemain terkaya disusun goal.com yang dibuat sekumpulan penganalisis itu mengambil kira semua sumber pendapatan yang dinikmati pemain bola sepak sepanjang kejayaan mereka.
Menurut senarai baru itu, Ronaldo mengambil alih tempat bekas bintang England, Manchester United dan Real, David Beckham, yang mendahului pemain lain pada tahun lalu.
Beckham mengumumka persaraannya daripada bola sepak pada Mei tahu lalu. Kedudukkan pemain ketiga paling kaya disandang penyerang Chelsea, Samuel Eto’o dengan nilai eset sebanyak £70 juta.
Penyerang United, Wayne Rooney, menduduki tempat keempat dengan eset £69 juta ekoran langkah kelab itu menawarkan kontrak gaji terbesar dalam sejarah bola sepak England dengan pendapatan bernilai £365,000 seminggu.
Di tempat keenan ialah bintang muda Brazil, Neymar. Kontrak perpindahannya ke Barcelona membolehkan beliau dan keluarganya mengumpul eset sebanyak £66 juta.
Senarai 10 pemain terkaya 2014 goal.com 
1. Cristiano Ronaldo, Real Madrid, £122 juta (RM 668.5 juta);
2. Lionel Messi, Barcelona, £120.5 juta;
3. Samuel Eto’o, Chelsea, £70 juta;
4. Wayne Rooney, Manchester United, £69 juta;
5. Kaka, Ac Milan, £67.5 juta;
6. Neymar dan keluarga, £66 juta;
7. Ronaldinho, Atletico Mineiro, £64 juta;
8. Zlatan Ibrahimovic, Paris St-Germain, £57 juta;
9. Gianluigi Buffon, Juventus, £52 juta; dan
10. Thierry Henry, New York Red Bulls, £47 juta.


Agak-agak pemain bola sepak Malaysia terkaya siapa? Dan berapa nilai eset mereka? 

Tuesday, March 11, 2014

Bersihkan bulu ketiak

Bersihkan bulu ketiak 
Ada petua untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya juga amat mudah didapati. Apa yang perlu anda cari adalah ibu kunyit dan kapur sirih. Cabut kesemua bulu ketiak anda. Selepas itu celup ibu kunyit kedalam kapur sirih dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.